Di penghujung siri ini, HD satukan semula dua kuasa yang paling asas — terima kasih kepada manusia, syukur kepada Tuhan.
Kita bermula siri ini dengan Mantra Terima Kasih dan Terapi Syukur secara berasingan. Kini, HD gabungkan kedua-duanya sebagai satu amalan menyeluruh — ucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu perjalanan anda, dan syukur kepada Allah atas segala yang mengizinkan perjalanan itu berlaku.
Kejayaan yang sejati tidak pernah dicapai bersendirian. Ada tangan-tangan yang menyokong, ada doa yang tidak kelihatan, dan ada izin Yang Maha Esa di sebalik setiap langkah. Mengucapkan terima kasih dan syukur secara bersepadu adalah tanda kematangan seseorang yang benar-benar faham dari mana datangnya kejayaan.
Hubungi atau temui seseorang yang telah membantu perjalanan anda, dan ucapkan terima kasih secara khusus.
Selepas setiap pencapaian, walau kecil, sujud syukur atau ucapkan Alhamdulillah dengan penuh kesedaran.
Tuliskan senarai individu yang berjasa dalam hidup anda, dan doakan mereka.
Jadikan gabungan terima kasih dan syukur ini sebagai penutup harian anda, sebelum tidur.
“Manusia yang tidak berterima kasih kepada sesama manusia, sukar untuk benar-benar bersyukur kepada Tuhan. Kedua-duanya berjalan seiring.”