Sediakan Diri
- ✓Duduk rehat dengan sempurna dan pilih posisi yang stabil.
- ✓Kendorkan otot bermula daripada muka, tengkok, bahu, dada, perut hingga ke kaki.
- ✓Pastikan nafas tenang, dalam, senyap dan selesa.
- ✓Bawa tumpuan minda kepada proses pernafasan.
Perhatikan corak nafas anda. Semasa menarik nafas, adakah dada lebih jelas mengembang? Adakah bahu terbuka dengan lembut? Semasa melepaskan nafas, adakah dada mengendur dan perut sedikit kembang? Latih minda untuk “perhatikan corak” pernafasan anda setiap hari.