lawatan · pelawat
Dedikasi Sahabat • Kartunis • SMKASAS

TEMBAKAU dalam kenangan

Azhar bin Ahmad, atau Tembakau, ialah kartunis Malaysia yang dikenang melalui karya-karya penuh jiwa, humor dan memori zaman sekolah. Nama beliau mekar menerusi siri Kartini dan sentuhan kreatifnya terus hidup dalam ingatan sahabat serta pembaca.

Azhar bin Ahmad, kartunis Tembakau

AZHAR BIN AHMAD (TEMBAKAU)

— 1972 – 2018 —

Kenali lebih dekat perjalanan hidup dan legasi beliau.

▣ Profil Tembakau
Nama penuh: Azhar bin Ahmad
Nama pena: Tembakau
Lahir: 29 Ogos 1972, Padang Rengas, Perak
Meninggal dunia: 18 Jun 2018, Kuala Lumpur
  • Kartunis Malaysia yang mula meraih populariti melalui siri cerita Kartini.
  • Bekas pelajar Sek. Men. Keb. Agama Sultan Azlan Shah, Bota.
  • Pernah berkarya bersama majalah Ujang; nama “Tembakau” diberi oleh Ujang, Ibrahim Anon.
  • Terlibat dalam Usop Sontorian sebagai penulis cerita, skrip dan pengarah seni; turut menulis skrip Keluang Man.

Karya-karya Kartunis Tembakau

Klik mana-mana kulit karya untuk paparan besar.

SMKASAS 1989

Imbas kembali detik-detik berharga di SMKASAS melalui kenangan, foto dan karya zaman sekolah.

SMKASAS 1989

Melalui karya agungnya Kartini, kartunis Tembakau secara tidak langsung merakam sejarah awal SMKASAS yang berpindah ke lokasi tetap di Sri Iskandar pada 1988 selepas menumpang bangunan sekolah dan asrama di Gunung Rapat, Ipoh sejak 1984–1987.

Bersama lakarannya, beliau merakam suasana awal hostel dan sekolah yang kini menjadi nostalgia buat alumni generasi awal.

Kolaj warna karya dan memori Kartini Lakaran hitam putih SMKASAS dalam karya Kartini

+ 5 halaman lakaran hitam putih dimasukkan dalam layer memori.

“ Karya mungkin berlalu, tetapi kenangan dan inspirasi akan terus hidup. ” — Tembakau —

Ruang Komentar & Kenangan

Kongsi memori, penghargaan atau salam takziah buat Allahyarham Tembakau. Setiap nota terpapar di layer komentar.