19
TIP SUKSES
07
TIP 7 / 19

Jangan Tangguh

Setiap kali kita berkata "nanti", kita sebenarnya menyerahkan hari ini kepada masa depan yang tidak pasti.

Tulisan

"Esoklah", "nantilah", "tunggu masa sesuai" — HD kata inilah bahasa yang paling kerap menghalang orang daripada berjaya. Penangguhan bukan salah kerana ia membazir masa sahaja, tetapi kerana ia melatih minda untuk sentiasa mencari alasan. Lama-kelamaan, alasan menjadi lebih kuat daripada azam.

Tindakan tidak perlu sempurna untuk dimulakan. Ia hanya perlu bermula. Langkah kecil yang diambil HARI INI lebih bernilai daripada rancangan besar yang ditangguhkan sampai bila-bila.

Langkah Praktikal

  • 01

    Kenal pasti SATU perkara yang selama ini anda tangguh — dan mulakan langkah pertama hari ini juga, walau kecil.

  • 02

    Gunakan peraturan "5 minit" — jika sesuatu tugas mengambil kurang 5 minit, buat serta-merta, jangan tangguh.

  • 03

    Tuliskan sebab sebenar di sebalik tangguhan anda — selalunya ia adalah rasa takut, bukan kekurangan masa.

  • 04

    Beri diri anda tarikh akhir (deadline) yang jelas untuk setiap perkara yang penting.

HD
PESAN HD

“Masa yang anda ada sekarang adalah modal yang paling berharga. Jangan simpan modal itu untuk hari yang tak pernah tiba.”

— Dr Mir Hazil Azran Ramli

Video Kapsul HD