Ada barakah tersendiri buat mereka yang sentiasa mendahului waktu, bukan mengejarnya.
Budaya "last minute" sering dianggap biasa, sedangkan HD nampak ia sebagai punca banyak kegagalan kecil yang berterusan. Orang yang sentiasa awal waktu — sama ada solat, janji temu, mahupun kerja — sebenarnya sedang melatih disiplin dalaman yang jauh lebih besar daripada sekadar ketepatan masa.
Awal waktu memberi ruang untuk bernafas, berfikir dan bertindak dengan tenang, berbanding sentiasa berlari mengejar tenggat. Dalam solat khususnya, awal waktu membawa fadhilat besar berbanding menunggu ke saat akhir.
Bila azan berkumandang, jadikan tabiat untuk segera bersiap solat, bukan menunggu iqamah.
Sampai 10-15 minit awal untuk setiap janji temu atau mesyuarat.
Siapkan keperluan esok pada malam sebelumnya — pakaian, barang, senarai kerja.
Beri diri "waktu penampan" (buffer time) dalam setiap jadual, jangan rapatkan waktu terlalu ketat.
“Orang yang sentiasa mendahului waktu, akan sentiasa didahulukan oleh keberkatan.”